Event Background

Latar Belakang

Di zaman ini kebanyakan sekolah dan institusi-institusi tahfiz telah beroperasi di Malaysia. Sebahagian besarnya sekolah dan institusi-institusi tahfiz ini dibiayai oleh sumbangan masyarakat dan bantuan kerajaan negeri. Walaupun menghadapi masalah kewangan, sekolah-sekolah ini masih mampu menghasilkan huffaz setiap tahun
Namun, huffaz ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi atau universiti di Malaysia. Sebahagian besar universiti tidak memberikan penerimaan bagi pelajar tahfiz kerana mereka tidak mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan.

Untuk menghasilkan huffaz yang dapat memberikan sumbangan positif terhadap masyarakat, sangat penting bahawa sebuah pusat pendidikan tinggi dibuat bagi mereka untuk meneruskan pengajian mereka setelah mereka selesai menghafal Al-Quran. Dengan adanya pusat pendidikan tersebut mereka berkesempatan untuk meneruskan pengajian dalam bidang lain selain bidang Al-Quran, tetapi dengan semangat dan persekitaran Al-Quran dan Sunnah, adalah mungkin bagi huffaz untuk memiliki pekerjaan.