Tujuan

Tujuan Karnival Amal Hijrah ini diadakan adalah untuk merealisasikan rancangan bagi membina sebuah Pusat Al-Quran Higher Learning untuk para Huffaz yang lulus dari sekolah tahfiz dari Malaysia dan seluruh dunia.

Lokasi yang dirancang untuk mendirikan pusat ini adalah bersebelahan Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah (MAQAAZ) yang beralamat, no 99 Lorong Pak Mat Kastam, km 3 Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05400 Alor Setar Kedah. MAQAAZ adalah pusat pengajian yang telah beroperasi selama sepuluh tahun dan menyediakan pengajian Diploma Al-Quran dan Qir'aat yang diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar Kaherah

Secara umumnya, dana sebanyak RM50, 000,000.00 diperlukan untuk membina pusat pengajian tersebut. Dari angka tersebut, sejumlah RM 10.000.000,00 akan disisihkan di unit trust untuk penyelenggaraan bangunan pusat dan juga akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan, faedah dan biasiswa kepada pelajar dalam jangka panjang.